SOALAN LAZIM DALAM PENULISAN UPSR
Arahan: Pilih satu daripada karangan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
FORMAT
Pilihan karangan terdiri daripada tiga soalan.
Pilih satu soalan sahaja (yang kamu amat ketahui).
Karangan terbahagi kepada karangan berformat dan tidak berformat.
Karangan Berformat: -Berita, Laporan, Surat Rasmi, Surat Tidak Rasmi, Ucapan, Syarahan, Perbahasan, Catatan, Dialog dan lain-lain.
Karangan tidak Berformat: -Menyambung cerita, Mengakhiri cerita, Peribahasa, Fakta, Cereka, Autobiografi dan banyak lagi.
MASA: Masa yang dicadangkan ialah 40 minit.
JUMLAH PERKATAAN mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata.
Karangan yang baik mestilah mempunyai pendahuluan, isi, dan penutup.
Isi sekurang-kurangnya tiga. Lebih adalah lebih baik.
TEKNIK PENULISAN BERPANDU
Gunakan teknik MASBBD
ü Mengapa?
ü Apa?
ü Siapa?
ü Bila?
ü Bagaimana?
ü Di mana?
Panduan
ü Perlu memahami soalan terlebih dahulu.
ü Bina soalan menggunakan teknik MASBBD dan sesuai dengan soalan karangan.
ü Susun soalan mengikut aras kesukaran. Aras mudah terdahulu diikuti aras sukar.
ü Jawab soalan yang telah dibina.
ü Jawapan tersebut merupakan isi penting.
ü Bina karangan berdasarkan jawapan dan isi penting tersebut.
No comments:
Post a Comment