BIODATA


NAMA : SITTI RUGAIYAH BINTI ABDUL HAMID
MATRIK : D041250
TOPIK : PENULISAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TERIMA KASIH

Website counter

Wednesday 5 October 2011

BAHAGIAN A

PENULISAN BAHAGIAN A
1.      Murid dikehendaki membina lima ayat.
2.      Soalan yang biasa dikemukakan:
3.      Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.
4.      Muurid digalakkan membina ayat majmuk dan terdiri daripada dua kata kerja.
5.      Panduan membina ayat Bahagian A:
-          Bina ayat daripada kata Tanya: siapa? mengapa? di mana?/apa?/bila?
-          _________siapa?_________  __________mengapa_________  _______di mana/apa/bila?_________.
-          ATAU
-          ______KATA NAMA_______  _________KATA KERJA________  _______KATA SENDI NAMA/KATA NAMA____________.
-          Bilangan perkataan: tiada had perkataan. Namun sebagai cadangan dan panduan, satu ayat terdiri daripada 8-15 patah perkataan .

Monday 3 October 2011

CONTOH KARANGAN TIDAK BERFORMAT: AUTOBIOGRAFI

            Aku sebuah kereta Proton Waja. Namun, aku lebih dikenali sebagai Siwaja. Aku berwarna hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam pada tahun 2010. Aku dimiliki oleh seorang pemuda yang bekerja sebagai pegawai di sebuah institusi kerajaan. Tuanku telah membeliku daripada seorang peniaga cina dengan harga RM65,000. Tuanku amat penyayang dan merupakan seorang yang pembersih. Aku selalu dibersihkan dan dijaga dengan baik.
            Pada suatu malam, tuanku telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang rakannya. Ramai tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Aku diparkir di sebuah kawasan di luar pagar tempat majlis perkahwinan itu. Hilai ketawa tetamu dan suara orang bersembang di sini sana memecah kesunyian malam.
            Majlis itu berakhir pada lewat malam. Setelah bersuarai, tuanku membawaku pulang dalam keadaan letih dan mengantuk. Beliau tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika memandu. Aku ddipandunya laju.
            Tiba-tiba seorang pegawai polis menahanku. Tuanku pun menekan brek secara mendadak. Dalam keadaan hilang arah, aku telah keluar dari jalan raya dan akhirnya terhumban ke dalam sebuah lurah. Minyak petrol yang tersimpan di dalam perutku mengalir keluar kerana ada kebocoran.
            Kini, aku jarang digunakan oleh tuanku. Baginya aku tidak sehebat dulu lagi. Beliau telah membeli kereta baharu yang lebih menawan daripadaku. Aku hanya digunakan sekiranya tuanku ingin ke pasar membeli ikan. Kebersihanku juga sudah tidak dipeduli lagi. Jadilah aku sebuah kereta tua yang busuk. Aku kini hanya menunggu saat-saat terakhirku yang kemungkinan akan berakhir di besi buruk. 

Sunday 2 October 2011

CONTOH KARANGAN BERFORMAT: CATATAN

TAJUK: BEKUNJUNG KE CAMERON HIGLANDS

26 MEI 2011 (ISNIN)
Berrtolak ke Cameron Higlands pada pukul 9.00 pagi. Pada pukul 11.15 pagi singgah di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil. Bersarapan roti canai dan milo panas. Sarapan yang amat aku gemari. Kemudian meneruskan perjalanan. Singgah di Hentian Rehat dan Rawat Tapah pada pukul 2.00 petang. Kami makan tengah hari, bersolat dan berehat sebentar.  Tiba di Cameron Higlands. Bersiar-siar sebentar. Setelah kira-kira dua jam berada di Tanah Rata, daftar masuk hotel di Brinchang, Cameron Higlands.


27 MEI 2011 (SELASA)
Kami sekeluarga berkunjung ke Stesen Penyelidikan Pertanian (MARDI) di Tanah Rata. Aku berasa kagum dengan kehebatan negaraku kerana turut memajukan penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan beriklim sejuk. Sayur-sayuran seperti kubis dan tomato ditanam di bawah bumbung plastik. Kami turut melawat ke tempat tanaman strawberi dan tempat tanaman bunga mawar di sekitar Brinchang. Wah, sungguh cantik kawasan  tanaman bunga mawar ini! Pelbagai jenis bunga mawar dapat aku saksikan.


28 MEI 2011 (RABU)
Daftar keluar hotel pada pukul 12.30 tengah hari. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di ladang teh. Semasa di Ringlet, ibu dan ayah membeli sayur-sayuran, manakala kakak membeli beberapa kuntuk bunga teluki. Perjalanan yang melalui jalan berliku memang meletihkan. Tetapi, pengalaman itu tetap menarik dan berharga. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Hentian Rehat dan Rawat Tapah sebelum meneruskan perjalanan pulang. Kami tiba di rumah pada pukul 8.20 malam. Walaupun letih, kami sempat berkongsi cerita menarik dan keseronokan  sepanjang bercuti di Cameron Higlands.




KARANGAN

SOALAN LAZIM DALAM PENULISAN UPSR
Arahan: Pilih satu daripada karangan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

FORMAT
*      Pilihan karangan terdiri daripada tiga soalan.
*      Pilih satu soalan sahaja (yang kamu amat ketahui).
*      Karangan terbahagi kepada karangan berformat dan tidak berformat.
*      Karangan Berformat: -Berita, Laporan, Surat Rasmi, Surat Tidak Rasmi, Ucapan, Syarahan, Perbahasan, Catatan, Dialog dan lain-lain.
*      Karangan tidak Berformat: -Menyambung cerita, Mengakhiri cerita, Peribahasa, Fakta, Cereka, Autobiografi dan banyak lagi.
*      MASA: Masa yang dicadangkan ialah 40 minit.
*      JUMLAH PERKATAAN mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata.
*      Karangan yang baik mestilah mempunyai pendahuluan, isi, dan penutup.
*      Isi sekurang-kurangnya tiga. Lebih adalah lebih baik.
TEKNIK PENULISAN BERPANDU
*      Gunakan teknik MASBBD
ü  Mengapa?
ü  Apa?
ü  Siapa?
ü  Bila?
ü  Bagaimana?
ü  Di mana?
*      Panduan
ü  Perlu memahami soalan terlebih dahulu.
ü  Bina soalan menggunakan teknik MASBBD dan sesuai dengan soalan karangan.
ü  Susun soalan mengikut aras kesukaran. Aras mudah terdahulu diikuti aras sukar.
ü  Jawab soalan yang  telah dibina.
ü  Jawapan tersebut merupakan isi penting.
ü  Bina karangan berdasarkan jawapan dan isi penting tersebut.

BAHASA MELAYU KERTAS 2 SEKOLAH RENDAH(SK)

BAHASA MELAYU KERTAS 2 SEKOLAH RENDAH SK
*      Masa yang diberi ialah 1 jam 15 minit.
*      Markah yang diperuntukkan ialah sebanyak 60 Markah.
*      Terbahagi kepada tiga bahagian:
1.    Bahagian A
-          Mentafsir gambar
-          Bina lima ayat
-          Markah: 10 Markah
-          Masa yang dicadangkan: 15 minit
2.    Bahagian B
-          Menulis karangan berformat atau tidak berformat
-          Panjang karangan lebih 80 patah kata
-          Markah: 30 Markah
-          Masa yang dicadangkan: 40 minit
3.    Bahagian C
-          Membuat ulasan daripada petikan yang mengandungi nilai/pengajaran
-          Panjang jawapan tidak lebih daripada 50 patah kata
-          Markah: 20 Markah
-          Masa yang dicadangkan: 20 Minit

Friday 30 September 2011

Penulisan Bahagian C

FORMAT ULASAN

Petikan tersebut mengandungi nilai / pengajaran. Kita mestilah ……….nilai dengan (huraian dari petikan). Selain itu, kita haruslah  …………….nilai dengan (huraian dari petikan). Seterusnya, kita patutlah …………….nilai dengan (huraian dari petikan). Di samping itu, kita hendaklah ……………nilai dengan (huraian dari petikan). Akhir sekali, kita wajiblah ….…..nilai dengan (huraian dari petikan).

Monday 26 September 2011

BLOGGER BARU

        Hari ini dalam sejarah. Aku telah melangkahkan kaki ke alam maya baru. Aku kini menjadi salah seorang BLOOGER. Atas desakan tugasan baru, aku telah meminta bimbingan daripada salah seorang rakan sekerjaku untuk mencipta blog. Maka dengan itu terhasillah Blog Coretan Cikgu Rugaiyah.
         Blog ini diwujudkan bukan sahaja untuk menyempurnakan tugasan yang diberi oleh pihak UPSI, akan tetapi adalah juga untuk perkongsian ilmu terutamanya Ilmu Bahasa Melayu khususnya penulisan sekolah rendah.